CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.
   Seorang wanita solehah menempatkan cinta kepada Alloh dan Rosul Nya di atas segala2 nya, dengan  menjalankan perintah Alloh dan RosulNya.



2. Mentaati Ibu Bapak
Senantiasa mentaati ibu bapak dalam perkara makruf yang menasehati ke arah kebaikan. Serta Jangan durhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Hal kebaikan
Setelah menikah, ketaatan kepada ibu bapak berpindah lebih utama kepada suami. Mentaati  hal2 yang baik wajib hukum nya bagi seorang istri.  sedang jika suami menyuruh hal2 yang tidak baik atau maksiat maka tidak ada lagi ketaatan.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu Aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-(HR.Tirmidzi)

4. Mengurus rumah tangga
Seorang isteri Muslimah diperintah oleh Allah agar senantiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri, tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah dari pada perintah Allah tersebut yaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Kelapangan waktu ia isi dengan menambah pengetahuan tentang agama sebagai bekal untuk menghadapi ujian hidup pada masa depan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Dalam mengurus rumah tangga seorang istri  mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat, Tanggung jawab kepada suami dan keluarga perlu didahulukan, sebagai kewajiban isteri, dari pada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa izinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah. Artinya: Mendahulukan kewajiban ketaatan kepada suami dari pada puasa sunat.

5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita tidak faham akan kewajibannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahasiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.(HR Ahmad).

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Berhias bukan saja untuk menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara sederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, artinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih dancantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang memperlihatkan aurat wanita, yaitu: seluruh tubuh kecuali muka dan keduatangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan laki-laki. Jika terdapat sebuah urusan, dia wajib menjaga batasan yang sepatutnya. karena Ia perlu untuk menghindari fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut teman2 yang dekat dengannya. Jika teman2nya solehah, maka dia juga insyaAlloh memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa temannnya”.-(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.)


Amin.. Amin.. Amin...